Aku,
Tidak sejelita teman-temanku,
Aku
Tidak secerdik teman-temanku
Aku
Tidak sepetah teman-temanku
Aku adalah aku
Gadis genit yang mempunyai hati yang makin menipis.
Aku tidak tahu Tuhan mungkin ingin menduga
Aku sering didatangi kaum Adam
Datangnya tidak pernah putus, silih berganti
Lepas dia, dia, terus ke dia dan dia
Kedatangan mereka pada awal sekadar ingin berteman
Lama kelamaan menjadi semanis madu
Dengan alasan sudah jatuh
Apakah mereka jujur atau hanya ingin memainkan?
Kerana aku kosong tidak punya apa-apa.
Mungkin aku letih
Kerana..
Hidupku sering diperkotak-katikkan
Cintaku sering ditongsampahkan
Maaf, antara kita tak mungkin ada lebihnya
Kerana kita lebih sesuai berkawan
Juga kerana aku belum bersedia untuk memulakan.
Jodoh pertemuan bukan kita tentukan
Aku gembira mengenali kalian
Terima kasih kerana sentiasa ada membuatku tersenyum
Meski ada yang gelar aku perempuan yang sering memainkan perasaan.
Ahh persetankan asal aku tahu siapa aku.
p/s : Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
*Love all, trust a few, do wrong to none*
No comments:
Post a Comment